Friday, 14 October 2011

Dear Frendz ,

Bila kalian berpaling kami buat tak tahu ,
Bila kalian mula melangkah kami tidak mengejar ,
Bukan kami tak kisah tetapi tidak mahu menghalang kehendak kalian ,
Bila kalian mula menjauhi diri ini ,
Kami hanya mampu diam dan mengikut rentak kalian ,
Bukan kami terluka tetapi kerana itu kehendak kalian ,
Bila kalian lari kami tidak mengejar atau memanggil ,
Bukan kami tidak mahu memujuk ,
Kerana kami pasti yang kalian akan kembali kepada kami ,
Cepat atau lambat tetapi itu pasti !





Bukan mahu berkata besar ,
Kalian belum merasai apa yang pernah kami rasai ,
Cakap memang senang ,
Menunding jari memang mudah ,
Mengelak menjauhkan diri tersangat easy ,
Kerana kalian belum merasainya lagi ,
Itu sahaja yang mampu kami katakan ,
Kalian belum merasainya lagi , 
Percayalah satu hari kalian akan mengerti ,
Maksud kata-kataku ini .




Bukan niat itu menyinggung hati sesiapa, apatah menyindir sesiapa. Hanya untuk meluahkan apa yang terpendam. Tidak semua dalam hidup ini ,boleh diluahkan dengan kata-kata bukan ?
Kerana takut kata-kata itu bakal melukakan hati orang lain dan hati kita sendiri . 

No comments:

Post a Comment