Tuesday, 11 October 2011

The way of life

Kita sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini sebenarnya diberi dua jalan dalam menjalani kehidupan dan juga dalam menyelesaikan sesuatu masalah . Jalan yang singkat dan mudah ataupun jalan yang panjang penuh onak duri . Tetapi matlamat kedua-dua jalan ini adalah sama ingin menjalani kehidupan dan menyelesaikan masalah . Terserah kita untuk memilih yang mana satu whether jalan yang singkat dan mudah tapi pasti ke akan bahagia ?? Pasti tak akan ada masalah selepas tu ?? Sure ??
Atau jalan yang panjang , jalan yang penuh dengan onak dan duri tetapi cukup membuat kita mengenal apa itu erti kehidupan sebenar dan yang pasti kebahagia menanti di hadapan sana . :)

Tak ada jalan yang mudah sebenarnya dalam hidup, kita jer sebagai manusia yang suka sangat ambik jalan singkat mudah untuk mencapai sesuatu  . Tak ada yang mudah untuk mencapai kejayaan mahupun untuk menyelesaikan masalah semuanya susah . Even makan dengan minum pun susah kan ?? Tak ada yang senang wei . Semua orang yang berjaya itu, semuanya melalui susah dulu baru boleh capai kejayaan itu . Tanyalah siapa pown dalam dunia nie semua yang nak berjaya semuanya susah dulu. 

Berakit-rakit dahulu , berenang-renang ke tepian
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian .

No comments:

Post a Comment