Friday, 25 November 2011

Pondok Keding

Waaaa aku tak boleh study chemsitryyyyy !!! Uh! Tensionol. Tak pe tak pe malam nie confirm aku study. Walauapapun aku kena jugak study Chemsitry tak kira hidup mahupun mati. Hikhikhik >_<
Ok memandangkan aku tak boleh nak study so aku curi masa sekejap untuk update tentang satu tempat yang paling bersejarah untuk aku dan kawan2 aku yang lain. Mungkin ianya dikenali tempat keramat atau lebih tepat puaka. Eh eh eh jangan salah sangka dulu " puaka " tu bukan maksudnya berhantu tapi lebih menjurus kepada tempat yang asyik kawan2 aku dan aku mengalami accident. Accident tu tak lah besar mana accident kat sini macam luka tangan jatuh lah, tergeliat kaki lah dan yang seangkatan dengannya.

Tempat ini aku katakan bers4ejarah untuk aku dan kawan2 aku bukan sebab tempat nie asyik buat kitaorang accident tapi tempat di mana menjadi titik permulaan perkenalan kami dengan satu kumpulan yang boleh dikatakan agak famous jugak lah kat sekolah aku. Errrr " famous kerrrr ?" hahaha .. Aku dan kawan2 aku yang lain panggil tempat ini ' Pondok Keding '. Ha ! Pelik kan nama tu? Aku agaklah first time korang dengar nama nie mesti korang bati gelak habiskan sampai terkeluar air mata, betul tak? Ha.. Tu baru dengar nama jer kalau korang tahu tempat tu macam mana lagi lah. Boleh aku cakap memang tak padan langsung dengan nama tu. Aku yang mula2 dengar pown bantai gelak habis tak tahan. Selama aku sekolah kat situ first time aku tau pondok tu nama dia macamtu. Hahaha.

Nama ' Pondok Keding' tu ilham daripada boyfrend kawan aku. macam nie cerita dia....
2009 .... Hari bulan berapa aku tak hingat tapi time tu petang lepas koko tak silap aku. Aku dengan kawan2 aku lepak kat tempat biaser kitaorang tempat letak basikal. Tengah2 lepak kawan aku F tibe2 tanya sambil dok mesej.

" Wei, Korang kat mana pondok keding ?"
Berkerut dahi kitaorang semua bila dengar nama tu. Yela first time dengar.
"Hahaha.. Pondok keding? Apa kebenda tu ? Tak pernah dengar pown. "
" Yelah weii.. Aku pown tak pernah dengar. "
" Entah mr.H nak aku jumpa dia kat sana. Bila aku tanya kat mana dekat skola lah dia cakap. Tu yang tanya tu. Aku pown tak penah dengar nama tempat tu. "
"Boyfrend ko pown satu hal. Cuba bagi direction yang clear sikit. "
"Entah aku pown pelik gak dengan bf aku nie. Aishh. Tak pelah aku pegi menjejaki dia jap."
"Hahaha. Macam mana kau nak menjejaki dia klu dia kat mana pown ko tak tau. Hahaha "
"Tak pe tak pe sekolah nie kecik jer. Dont worry be happy."
"Yelah pegilah jejaki bf ko kat pondon keding tu. hahaha"

Kawan F aku pown bla. Kalau tak silap aku esok or on that day jugak kitaorang tahu yang rupanya pondok keding tu, pondok dekat depan kantin yang memang selalu gak lah kitaorang lepak sana. Aduhh tak boleh bla betul ada ker panggil pondok tu pondok keding. Punyer lah banyak nama kat dunia nie. Haiiii. Tapi nama pondok tu kekal sehingga ke hari ini. Amacam hebat tak hebat? Hahahaha

Ok back tu our first story, tadi aku ada cakap yang pondok nie tempat pertemuan aku dan kawan dengan satu group nie disebabkan salah paham yang agak kelakar sebenarnya. yela akibat fitnah kami bersua muka, akibat cenburu orang ketiga geng aku dan geng diorang berkenalan hahha lawak kan? Actually masalah yang kitaorang hadapi tu tak lah besar mana pown tapi biaser lah time tu otak budak2 lagi. Tak matang kata orang. Bila ingat2 balik punca kenapa kitaorang decide nak jumpa kat pondok keding tu lawak kowt sumpah lawak gler.Hahaha. Sebab dia apa? Tak perlu lah aku ceritakan kat sinie ia nya terlalu peribadi aku rasa. Biarlah kawan2 aku, aku dan geng diorang jer yang tahu. Dan bagi aku detik itu dan saat itu tak boleh aku lupakan dan ianya merupa pengalaman terindah semasa aku di tingkatan 3. Aku dan kawan2 aku yang lain actually nak berterima kasih dekat someone nie sebab dia aku dan kawan2 aku dapat kenal geng diorang nie. Hikhikhikhik.

Sekarang dah hampir 2 tahun diorang bla dari sekolah tu untuk terus mendaki mencapai cita-cita dan impian yang selama nie mereka tanam dah hati. Ketua geng diorang mR.A tengah menempuhi sesuatu yang baru yang bakal merubah 360 degree kehidupan dia. mR.S dan mR. D tengah berlumba-lumba untuk mengenggam segulung ijazah begitu jugak dengan mr.O yang dulu khabarnya terbang di negara orang tetapi sekarang kembali semula ke tanah air mengejar cita-citanya di sini. Hmmm mengejar cita-cita dan menemui cinta. Hahaha. Sabar ye wahai sahabat ku mR.O pasti nampak ko suatu hari nanti kalau ada jodoh tak kan kemana. Hahaha. And also for my frend yang lagi satu jugak mr.A akan nampak kau jugak suatu hari nanti, don't worry be happy. Hikhikhik. Aku agak lah mesti berapi jer kawan aku bila baca nie haha. Sorry guyzzz. hikhik >_<

Sekarang time aku dengan kawan2 aku pulak untuk meninggalkan sekolah dan berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian kitaorang masing-masing. InsyaAllah :) sama- samalah kita doa kan ye.


p/s : Harap geng aku dan geng diorang berjumpa suatu hari nanti. Amin. :)

No comments:

Post a Comment