Assalamualaikum :) cak! haha
Fuh! akhirnya selesai jugak aku ubah sana sini blog aku. Dan akhirnya.......
Berjaya! yey! Blog aku sudah berwajah baharu! Yahoooo! Hahahaha, Kali nie punyer lebih tenang dan cool jer. Simple jer coz tak nak serabut serabutkan otak bila baca. :)
So hope sape sape yang baca akan suka wajah baru blog aku and akan terus follow aku untuk update update yang seterusnya. InsyaAllah. and harap dengan wajah baru blog nie jugak dapat jemput ramai lagi untuk singgah menyinggah di sini. Hehehehe *perasannyaaa
Wei wei korang percaya atau tidak hari ini aku masak. hahaha. confirm ah tak percaya kan? hahaha
Hari ini ingat nak try try ah masak burger del. Ok ah not so bad tapi tawar pastu lembik hahaha. aku punyer lah gelak bila tengok hasil tangan aku. Hahaha. Kantoiii.
Aku rasa kalau tengah ada contest mencari menantu memang sah sah aku orang pertama yang direject. kuang kuang kuang hahahaha. Aku yang masak pown pikir berpuluh kali nak makan ker tak nak makan? Hahaha.
And aku boleh bayangkan mr. cicak kobeng yang pandai masak tu confirm gelak terguling guling kalau tengok hasil tangan aku nie. Yelah dia kan expert kalau bab bab masak memasak nie. Aduiii. jatuh saham aku sebagai wanita. hahahaha.
Petang tadi pulak aku dengan adik aku dok belek belek buku resepi kek and terbaca satu resepi kek yang simple jer tak payah dok nak pakai adunan yang payah. nama kek tu " Kek batik biscuit marie " !
Wei menjadi kowt. hahaha tapi yang lawaknya time nak sediakan barang dia, hahaha Yelah aku kan first time nak buat benda alah nie sume. So agak terkial kial ah. baca resepi bape banyak kali. dah ah aku tak tau nak pasal ukuran gram gram dia nie. Aduii agak lambat gak ah. padahal bendanya simple jerrr. hahaha.
adik aku sume dah bantai gelak ibu aku tak payah cakap lah.
Tapi obviously nampak muka ibu aku macam takut tengok aku masak. Yelah kalau setakat masak nasi goreng tu biaser ah tu pown kadang pass kadang fail. Nie yang tak pernah pernah aku buat mau tak cuak ibu aku. Anak dia yang pemalas yang memang payah menjejak kan kaki ker dapur tibe2 nak buat kek! hahaha. memang tak lahhh hahahaha
But alhamdulillah. Menjadi kowt tadi rasa hmm sedap lah jugak walaupunnnn....... tak sesedap kek yang dekat secret recipe tu. Kalau kek tu sesedap kek yang dekat secret recipe memang aku terus bukak bakery kowt hahaha.
Btw tadi time nak beli barang, aku TERnampak kereta myvi hitam mR bean. Tapi dia tak ada dalam tu yang ada mak dia and abang dia. haha. tak sangka aku memang aa terdetik dekat hati harap dapat terserempak dengan dia tapi alih2 terserempak dengan abang mak dia. wahahahaha.
p/s: ok nak pergi rasa kek ciouuu
No comments:
Post a Comment