Assalamualaikum :)
Cak cak cak dan cak ! hahaha.
Korang sedih nie. hukhukhuk :( sedih sangat nie hukhukhuk :,( tengok sampai terkeluar hingus nie. Waaaaaa.
Eh cop cop cop jangan salah paham pulak aku sedih nie bukan sebab Yusry and Lisa Surihani kahwin hari nie. Owhhh silap sama sekali sape yang beranggapan begitu ye. hehe
Sedih sebab aku tengok cerita " patah seribu ". Ala yang Shanaaz dengan Shila tu. Aishh tak kan korang tak tengok kowtt. Rugiiii oooo.
Actually cerita dia tak ah sedih sangat tapi ada part yang memang tersentuh hati hingga ke sanubari nie * eceh ayat xnak bla hehehe*
Biar aku ulas sikit sinopsis cerita nie.
Azu lakonan Shanaaz , dia nie seorang gangster tapi dah pencen dan bukak gerai jual buah berangan.
Ada beberapa sebab yang buat Azu nie pencen jadi gangster, pada permulaan cerita nie dia tunjuk satu sebab iaitu dia rasa serba salah sangat sebab kawan dia Tom mati time gaduh dengan kumpulan gangster lain.
Lepas tu mula lah Shila masuk, Shila nie anak orang kaya tapi kurang kasih sayang sebab family dia nie asyik sibuk meeting jer. Satu hari dia terjumpa dengan Azu, time Azu tengah berbalah dengan Sakai lakonan Amar (Anak Wayang) kira macam Shila jadi heroin ah kepada Azu.
Since tu Shila mula rapat dengan Azu, mula tu Azu macam acuh tak acuh layan Shila tapi lama2 ok. Diorang rapat. Mana pergi berdua jer. Ada satu part tu diorang lalu depan butik pengantin then Shila cakap impian dia suatu hari nanti dia nak pakai gaun pengantin nie kalau dia kahwin nanti.
Suatu haritu Shila keluar pergi gerai Azu dengan papa dia. Papa Shila tak suka dengan Azu and dia cakap dia nak jodohkan Shila dengan anak kawan baik dia. Papa Shila bagi cek dekat Azu and cakap jangan kacau Shila lagi.
Shila datang jumpa Azu malam tu sebab Azu tak jawap kol dia. Tiba-tiba adik arwah Tom datang cakap mak dia masuk hospital. Sebab tak sampai hati Azu bagi cek tu dekat adik arwah Tom untuk biayai kos perubatan, bila adik arwah Tom tanyer dapat cek dari mana Azu diam. Shila mintak cek tu and terbongkar papa dia bagi cek tu kat Azu supaya Azu pergi jauh dari Shila.
Seminggu Shila tak jumpa Azu. Adik arwah Tom jumpa Shila and cerita segalanya pasal kisah hidup Azu before jumpa Shila. Malam yang menyebabkan Azu 100% berubah jadi seorang yang murung.
Pada malam tu ada 4 insiden yang jadi.
- Dia gaduh besar dengan mak dia sampai dia tinggi suara dan lempang mak dia.
- Malam tu geng dia gaduh dengan geng lion, kawan dia Sakai berpaling tadah and jadi pengkhianat.
- Geng dia time bergaduh tu. Azu punyer bos mati. Teruk Azu kena belasah.
- dan paling dia kesal, balik rumah, dia nampak mak dia terbaring. mak dia koma 2 minggu and disahkan kena stroke, mak dia tak boleh bercakap bergerak. itu insiden yang paling dia ralat sangat.
Malamtu jugak Azu cakap yang dia akan penuhi impian Shila dan dia. Dia pecahkan cermin yang menempatkan gaun pengantin yang Shila pernah cakap dia nak pakai. Sweeet kan? hikhikhik >_<
Time atas motor hidung Azu berdarahhhh. Dia sakit ada darah beku dekat belakang kepala dia tapi Shila tak tahu.
Malam tu diorang duduk dekat atas bukit and time tu Azu cakap
" Dulu awak ingat tak time first time saya jumpa awak, awak cakap dekat saya, suatu hari nanti awak mesti awak pasti akan jatuh cinta dengan saya. ingat tak?"
" Hmm itu hari kedua lah awak. hehe"
Lepas tu Azu keluarkan duit kertas 10 ringgit and buat bentuk cincin dan sarungkan ke jari manis Shila.
" Saya milik awak selamanya." Azu cakap.
"Selama-lamanya"
"Ye. selamanya."
Lepastu Azu pengsan, hidung Azu berdarah. Dekat hospital Azu menghembuskan nafas terakhir dia dengan mata dia celik tepat memandang Shila. :,)
Amcm? Sedih tak sedih? Nie baru aku tulis sinopsis, kalau tengok sendiri. Pe! wa cakap sama lu. Terbaikkk beb!
Walaupun cerita dia taklah sehebat cerita " Ungunya cinta " tapi cukup buat aku touching. And aku rasa penonton yang lain pown touching jugak.kan kan kan?
Terbaikkk ah ! ^_^
malam ni.. ungunya cinta. kat Ria.. jgn lupa tgok.. hehe
ReplyDelete