Sunday, 23 October 2011

The meaning of love

Cinta ini kadang-kadang pelik. Cinta juga sukar untuk ditafsir. Kadang cinta ini datang tanpa ada langsung undangan. Payah rasanya kalau nak rungkai makna  " apa itu cinta ? ". Banyak sebenarnya makna cinta ini dan makna dia juga terlalu luas tetapi kebanyakan makna cinta yang sering kita dengar  hanya merangkumi satu skope sahaja iatu cinta kepada boyfriend or girlfriend. Betul tak ? Ha . Kalau ada yang cakap tak betul sila hentak kepala anda di laptop or komputer atau pada apa-apa lah yang ada depan mata anda. Acah jer . Tapi kalau nak try apa salahnya. hikhikhik. Menimba pengalaman. HAHA.

Ok! Back to our story. Aku nie taklah pandai sangat dalam cintan cintun nie coz aku tak pernah lagi bercinta. Aku selalu dengar kisah cinta member2 aku jer. Macam2 ada yang sedih ada yang gembira ada yang bermasalah. Macam2 lah berkonflik molik pown ada. Ada tu yang macam budak2 punyer kisah cinta pown ada. Kalau cinta budak2 yang comei2 yang sweet tak pe. Nie pasangan yang perangai dia macam budak2. Ego tak tentu pasal, majuk sana majuk sini, mengongkong tak tentu pasal. Macam2 lah . Dari situ aku dapat dengar macam2 makna cinta.

Bila mula2 bercinta..........

Cinta itu indah. Cinta itu manis semanis madu. Cinta itu boleh membuatkan kita alpa lalai dengan keadaan sekeliling. Cinta itu suci sesuci embun pagi. Cinta itu pelik. Cinta itu cantik. Cinta itu unik. Cinta itu gila. Cinta itu umpama lilin yang sentiasa menerangi hidup seseorang.

Bila nak dekat2 putus atau dalam tengah2 kecewa.....

Cinta itu kejam. Cinta itu duri yang tajam sehingga bisa menusuk hingga ke dalam lubuk hati yang paling dalam. Cinta itu jahat. Cinta itu tak adil. Cinta itu menyakitkan dan bla bla bla bla.............

Ha! Tengok betapa banyaknya. Pehhh actually banyak lagi tapi cukuplah sekadar ini sahaja hehehe. Kat sini jelas lagi terang korang boleh tengok kan mula2 semua cakap cinta itu best lah cantiklah indah lah sweetlah. Alih2 bila dah break bila tengah gaduh semua benda tak elok tentang cinta semua keluar. Ambik ko. Ish ish ish. Tak patut sangat tak patut. Korang tak patut cakap macamtu.

Cinta itu bukan ker anugerah Allah swt kepada hambaNya ? Kita sepatutnya bersyukur kerana kita telah dianugerahkan oleh Allah swt untuk rasa dicintai dan mencintai seseorang. Kenape bila dah rasa kecewa sedih korang cakap macam2 pasal cinta? Bila gembira pandai plak cakap pasal yang indah2. Cinta itu tak bersalah cinta itu satu perasaan yang memang sedia ada dalam hati setiap makhluk di atas muka bumi ini.

Bagi aku cinta itu memerlukan pengorbanan. Cinta itu tidak boleh diukur dengan pembaris tetapi dirasai didalami maksud serta diselami dengan ikhlas. Cinta itu butu kejujuran keikhlasan. And the power of love can make people smile cry and hurt. Sometime love can make people smilling even for a year. Cinta itu mempunyai kuasa yang amat-amat dasyat sebenarnya. Tetapi pernah kita sedar bahawa cinta kepada yang Maha Esa itu lagi dasyat sebenarnya. Kenapa kita terlalu mengejar cinta dunia yang tidak akan kekal lama sedangkan ada satu cinta yang sentiasa menunggu kita dan ianya kekal abadi selamanya ?

Kawan aku ada cakap kat aku satu hari tu dia ada tengok satu program keagamaan nie, kira macam program motivasi. Orang yang kat dalam tv tu cakap.

Budak2 remaja zaman sekarang tak kira laki mahupun perempuan bila berjumpa jer dengan member diorang. Diorang mesti cakap " aku cinta dekat awek? balak aku. " . Tapi pernah tak kita sendiri sebagai remaja dengar or cakap " aku cinta dekat Allah swt " ? 

Bila aku dengar tu jer. Agak ah terkesan kowt di hati. Sangat terkesan. Terkelu sekajap lidah nie . Yelaaku sendiri tak pernah cakap macamtu. Hmmmmmm


Cinta kepada manusia, manusia curang.
Cinta kepada dunia, dunia musnah.
Cinta kepada bunga, bunga layu.
Cinta kepada  Allah swt, 
Itulah cinta sejati yang kekal abadi buat selamanya......


p/s : sama2 lah kita renung renung kan. :)

No comments:

Post a Comment