Assalammualaikum Guyss . hikhikhik
Haii . Aku baru aja balik dari rumah kawan aku. Yela study . Spm dah tersangat dekat kowt . Lagi 18 hari ! Huh ! Pejam celik pejam celik sudah tiba masa untuk aku menghadapi peperiksaan besar ini tanpa aku sendiri sedari . Lagi sebulan lebih aku dan rakan2 aku yang lain bakal meninggalkan alam persekolahan kami. Alam yang penuh dengan detik suka dan duka detik pahit manis kehidupan dan yang pasti alam yang pasti aku akan rinduikan sepanjang hidup aku. Bila aku ingat jer yang aku bakal meninggalkan alam persekolahan satu demi satu kenangan yang melucukan yang mengembirakan dan kenangan yang bisa buat aku mengalirkan airmata tatkala mengingatinya.
Terasa baru semalam aku menjejakkan kaki aku di sekolah itu. Terasa seperti semalam aku berjumpa dan mengenali rakan2 yang teramat aku sayang dan kasihi . Terasa baru semalam aku bergelak ketawa bersama mereka, menangis bersama mereka bermain bersama mereka. Terlalu indah rasanya kenangan itu dan aku berjanji dalam diri tak pernah sesekali untuk melupakan detik2 indah ini bersama rakan2 aku. Hmm. Macam2 pernah berlaku sepanjang aku bergelar murid sekolah menengah aku. Tak kira yang gembira yang sasau yang menyakitkan yang menyedihkan mahupun yang melukakan.
Kenangan sewaktu aku berada di tingkatan 1 C.....
Waktu itu hujan turun dengan lebat dan kelas aku pulak time tu subjek b.i. Cikgu yang mengajar aku tu memang garang sikit ala2 kerek gitu tapi dia baik tapi time tu aku tak suka lah kat dia . hehe . Kejadiaan nie berlaku dalam time2 dah nak balik dalam puku 5 lebih lah kalau tak silap aku. Kawan lelaki aku yang aku gelarkan sebagai S ini sengaja mahu menyakat seorang rakan perempuan yang duduk di hadapan aku , F. Si S ini mengatakan bahawa di atas kepala F ada seekor binatang berlendir kehijau hijauan. Memandangkan si F nie seoarang yang agak penggeli dengan binatang2 serangga2 yang tah apa2 so dia mengeletar lah. Pada mulanya dia menanyakan kepada aku .
" wei ada apa2 tak dekat tudung aku ?"
Aku memandang pelik kepada F sebab aku memang tak nampak apa2 kat tudung dia.
" Ta.. "
Belum sempat aku menyambung ayat aku S sudah memberi isyarat mengenyitkan mata . So paham2 lah dia suruh aku tipu lah . Aku pown apa lagi meniyakan nya . Tetapi F masih tidak berpuas hati lalu dia menanyakan soalan yang sama kepada rakan kelas yang lain . Seperti yang tadi juga S tetap memberi isyarat yang sama kepada sesiapa yang ditanya oleh F.Yang bestnya F nie memang tak berani pengang tudung dia, dia geli so ia tersangat lah memudahkan kerja kami mengerjakan dia. HAHA. Habis satu kelas komplot tapi tak lah sampai satu kelas budak2 melayu jer. Aku dan rakan2 aku yang sudah tergelak gelak kerana tidak tahan dengan aksi F yang tersangat lah mengelabah sampai pucat kowt muka dia.
Sampai satu tahap tu untuk membuatkan F betul2 percaya yang atas tudung dia ada benda berlendir tu kawan lelaki aku yang sorang nie N dia dah lah tak tahan nak gelak lepas tu tengok plak muka F punyer lah gelabah lagilah nak gelak dia sampai termelutut depan F sebab tak tahan nak gelak dan dia mengatakan dengan semangatnyer dan bersungguh sungguh bahawa memang betul ada benda kat atas kepala F . Ala2 macam nie si N cakap .
" Ya Allah . ( time nie dah termelutut dah ) betul F memang ada benda kat tudung kau. Geli kowtt . Eee . Percayaaa lahhhh " hehe"
yang gelak tu lepas dia melutut then pandang bawah tak tahan nak gelak . Bila tengok jer reaksi N macamtu apa lagi Si F lagi lah mengelabah then S bagi cadangan.
" Kalau kau tak caya kau pegi tanya cikgu. pegi . pegi . "
Actually tu acah jer coz kitaorang tau dia tak akan berani punyer. HAHA
Tapiii tekaan kami 100% meleset beb. Lepas jer adengan melutut lutut tu F terus meluru ke hadapan kelas dan menanyakan tentang perkara tersebut kepada cikgu b.i. kami. Kau tau teacher tu cakap .
" Where? There are nothing on ur tudung. Nothing. "
Hahaha time tu apa lagi pecah terus gelak kitaorang sume sampai ada yang mengalirkan airmata. Aku plak terasa macam nak pecah urat perut aku. Haha . F apa lagi banjirlah beb ! Mahu kau tak banjir teruk kowt dia kena sampai balik gak lah nak pujuk dia waaaaaaaa . Time nak pujuk F pandai plak kawan2 aku nie salahkan antara satu sama lain . Hampeh time buat tak hinggattt dah jadi cam nie baru gelabah. Tapi esok nyer F dah ok balik lepas sume oarng mintak maaf dekat dia. HAHAHA
Itulah kenangan yang teramat susah aku nak lupakan. Walaupun benda nie dah hampir 5 tahun jugak lah dan time tu aku agak kejam dengan kawan sendiri. Tetapi ia masih segar di ingatan aku .Sorry ye F . Hikhikhikhik . Setiap kali aku teringat perkara ini aku akan gelak tiba2 terasa macam baru semlam perkara itu terjadi . Rinduuu glerrr kowttt . ...
p/s : Andai semua itu boleh diulang kembali, alangkah bahagianya . Tiada airmata tiada siapa yang terluka tiada detik tengking menengking antara satu sama lain . Andai waktu bisa diputar kembali aku akan pastikan semua perkara ini tidak terjadi dan kita bisa menjadi sahabat sampai bila.
Wahaiii kawan andai aku tidak diperlukan lagi aku akan mengundurkan diri. Tapi satu sahaja yang ingin aku katakan. Aku merinduii persahabatan kita yang dahulu.dan kamu yang dulu. :))
No comments:
Post a Comment