Saturday, 29 October 2011

Nightmare

Malam yang tak mungkin aku lupakan sepanjang aku hidup. Aku mengingati malam itu mungkin kerana masih berdendam. Mungkin ! Entahlah yang pasti masih ada yang terbuku di hati ini dan kerana itu hati ini sakit . Apa mungkin sakit ini kerana aku menyukai dia? Salah ker kalau suka dia ? Owh ye aku lupa siapa aku dan siapa dia. Aku terlupa sebentar mungkin kerana terlalu leka dengan muka dia yang hensem gaya dia yang memang ala2 jejaka idaman aku gitu. Hehe. Bila fikir balik kan aku rasa macam aku nie gatal sangat kowt. Haha. Tak pe kalau gatal aku garu apa deerrr hal . HAHA. Eceh acah jerrr.

Malam itu, macam biasa aku on laptop aku and start berfb. Sign in, check notification balas comment sana balas comment sini. Then jadi stalker sekejap. Actually bukan sekejap, lama sebenarnya hikhikhik. Lepas tu role2 tengok status2 frendz aku tak kira yang aku kenal mahupun yang tak kenal. Yela dulu kan aku pakai approve jer sape yang add aku tak kira lah aku kenal ker tak. Pakai redahhh jer. So tengok jer lah.

Sedang aku usha2 status frendz aku. Tibee2. Pluppppp
Muncul private chat from ..... yang membuatkan aku terkedu. terkesima. Terasa seperti aku dihimpit sehingga tidak boleh bernafas..
Ya Allah berikan aku oxygen plezz aku rasa macam nak pitammm.
Ye. macam tak percaya buat kali pertama dalam hidup aku, mr. Bean tegur aku kat FB! Walaweiii ! Macam nak jerit jer rasa, cakap " Korang! mr Bean tegur aku kat fbbbbb !" . Hahaha . Sah lepas tu jer kawan2 confirm hantar aku pusat pemulihan akal. HAHAHA

Sunnyshyne! Ko cakap apa dekat tutttt pasal aku ha !
Tulah ayat yang ditulis oleh mr Bean kepada aku. Time tu aku terkedu. Dah apahal mamat nie tak ada salam tak de kata aluan terus sergah orang tak pakai helmet plak tu. Pe de hal nie.

aku :Aku cakap apa? Mana ada aku cakap apa2 .
mr Bean :Jangan nak tipulah wei! cakap lah kau cakap apa dekat dia !
Aku: Aku tak cakap apa2 lah!
mr Bean :Kau cakap buruk pasal aku kat dia kan! Ko nie apahal !
Aku: Eh aku cakap tak tak lah tak paham bahasa apa kau nie .
mr Bean : Diam lah kau! Dah buat tak mengaku plak !
Aku : Masalahnyer aku tak buat lah gila
mr Bean : Tipu! Siap kau klu aku dapat tau kau buruk burukkan nama aku lagi nahas kau aku kerjakan!
Aku : Eh kau ingat aku takut ker. Aku tak buat. Faham! Tak buat!
mr Bean : Dah lah malas aku layan orang gila macam kau!
Aku : Kau ingat aku rajin sangat nak layan kau .




Boleh dikatakan macamtulah perbualan melalui chatbox fb antara aku dan mr Bean . Wei ! Dia tuduh aku lagi ! Apa nie ! Aku tak buat aku tak pernah pown buruk2 kan dia aku tak pernah pown jaja nama dia. Tolonglah percaya. Aku tak buat. Aku tak tahu sape lah yang guna pakai nama aku dan cita macam2 yang buruk pasal aku kat dia, Siapa yang busuk hati sangat nie weii.

Esok malamnya. berbekalkan kekuatan hati aku yang aku rasa mungkin masih boleh bertahan dengan kata2 kasar mr Bean. Aku tegur mr Bean di fb kerana aku hendak sangat tahu dari mana dan siapa yang punya angkara ini. Tapii sayang tindakan aku sama sekali telah membuat hati aku terluka. Kenape mesti aku sayang dekat dia ?????


 Aku : Apa kau dah cakap kat kawan tuttt pasal aku?
mr.Bean : Cakap apa ? Mana ada aku cakap apa2.
Aku : jangan nak tipulah.
mr Bean : Eh aku tak cakap apa2 ok.! kawan tutt cakap apa kat kau?
Aku : Tu tak penting. Kau memang sengajakan . Apahal nak balas dendam !
mr Bean: hye jaga sikit mulut kau! jgn nak main tuduh2.

Ha ! Tau pun marah bila orang tuduh dia. Yang kau tuduh aku tu apahal gila !

Aku : nie aku nak tnya.
mr Bean : Apa ?
Aku: sape yang cakap dekat kau yang aku cakap buruk2 sal kau kat kawan2 kau selain tutt.
mr Bean : S ( S nie kawan aku merangkap kawan dia.)
Aku : Tak payah nak tipu ea! cakap lah betul2 !
mr Bean : Betul lah! Tak caya lantak kau lah !
Aku : Masalahnya dia kawan aku gler .
mr Bean : Manalah aku tau bukan masalah aku! Dah lah malas aku layan orang gler macam kau nie.
Aku : Aku tak buat faham tak aku tak cakap buruk langsung pasal kau .
mr Bean : Diam lah ! Babi Hitam !  :'( sampai hati kauu
Aku : dasar mr Bean GLERRR

S? S yang cakap benda ini semua? Sampai sekarang aku masih tak boleh percaya nie sume angkara S. S kawan aku kowt boleh dikatakan rapatlah at the same time S kawan rapat dengan mr Bean. Entah lah benda nie amat susah aku nak telan. Apa motif S nak buat macamtu kat aku? Tak ada kowt. Bila tengok muka lagi sukar untuk aku mempercayai ini semua.

Biar masa menentukan segalanya, biar takdir menjadi hakim

No comments:

Post a Comment