Friday, 4 November 2011

Easy to forgive but hard to forget

Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan, yang mengerti apa itu rasanya marah sedih. Maafkan aku andai ada di antara kawan2 aku yang pernah tersinggung dek kerana perlakuan aku. Aku menjauhi kalian bukan kerana aku tidak mahu lagi berkawan dengan kalian tetapi lebih kepada mengubati hati. Aku mengerti perasaan kalian pastinya kalian merasakan aku sudah jauh dan seakan akan ingin menghindar dari kalian. Maafkan aku. Bukan itu niat aku. Pastinya kalian tidak mengerti mengapa aku mencoret ini semua bukan? Aku sendiri tidak mengerti tetapi jari aku lancar saja menaip mengikut rentak dan irama hati. Terasa seperti ingin menitis airmata tatkala mengingati tentang kalian. Hati aku jadi tak tenang tak keruan gelisah. Aku sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa.

Terasa macam ada lagi yang masih terbuku jauh di dalam hati ini. Terasa seperti masih ada yang tersimpul dan masih belum dileraikan lagi. Jujur hati ini mengatakan apa yang kalian pernah buat masih lagi aku ingat dan sukar itu au lupakan atau lebih tepat masih tak dapat aku maafkan. Acapkali aku memohon sebelum aku tidur supaya hati aku lembut dan terbuka untuk memaafkan sesiapa yang pernah menyakiti hati ini tetapi entahlah. Aku memang dah ok dengan kalian tetapi masih ada yang belum diselesaikan di sini dan aku tak tahu kapan benda ini akan terlerai.

Kalian tak pernah rasa ditipu bukan? Ditipu oleh kawan sendiri. Di pinggirkan dengan alasan yang totally tak berasas in a simple word macam budak2. Sakit weii. Sangat sakit. Pedih weii tak tahu nak ungkapkan perasaan itu macam mana bila aku melihat garis senyuman kegembiraan di wajah kalian. Bestkan tipu kawan bestkan permainkan kawan. Saat itu hanya Tuhan jer yang tahu apa yang aku rasa. Buat pertama kalinya airmata aku tumpah di hadapan insan yang amat aku sanjungi dan hormati lagi aku sayang. Ibu! Waktu itu aku rasakan itu airmata aku terlalu murah dan sangat murah. Ianya jatuh kerana insan yang bergelar sahabat!

Kawan aku yang senasib dengan aku apatah lagi. Tak dapat nak digambarkan terasa seperti ditikam dari depan belakang pown ada seperti acara balas dendam pown ada tapi tanpa alasan yang kami atau aku sendiri tak tahu. Korang aku nak tanya pernah tak korang fikir pasal perasaan kitaorang bila kalian buat semua ini. Pernah tak? Tak perlu jawapnya secara terang terangan cukup sekadar di dalam hati. Fikir dan renung ini.


Easy to forgive but hard to forget. Itulah yang sedang aku rasakan sekarang memang senang untuk memaafkan tapi terlalu sukar untukl dilupakan. Apa yang pernah terjadi cukup memberi tamparan yang hebat kepada aku. Tetapi aku tetap bersyukur kepada Allah swt atas apa yang telah terjadi kerana dari situ aku dapat menilai dan melihat yang mana kawan dan yang mana lawan. Ianya cukup menyedarkan aku yang selama ini aku terlupa akan kawan aku yang sentiasa bersama aku tidak kira ketika sedih mahupun gembira. Dahulu aku terlupa dan buta untuk melihat itu semua. Walaupun kadang2 diorang nie annoying macam aku tetapi diorang tetap bersama aku dalam apa jua keadaan.

Mungkin betul jugak pepatah english cakap  what's comes around goes around. Sekarang aku tengah rasa apa yang pernah diorang rasa bila aku pernah buat dekat diorang dulu tapi dengan cara yang berbeza iaitu kalian. Macam aku pernah cakap sebelum ini cakap memang senang tapi bila dah kena batang hidung sendiri baru kalian tahu. Tak rasa senanglah cakap cuba dah rasa aku rasa time tu confirm terkelu semua lidah beku macam terkena renjatan elektrik.

Aku juga ingin mengingatkan sebagai seorang kawan jangan terlalu mengikut emosi ketika menilai sesuatu atau membuat keputusan. Kerana benci tak suka kita sisih seseorang tu. Kerana termakan kata2 orang lain kita maki dia marah dia tak tentu pasal. Aku nasihatkan janganlah sebab aku takut lama2 bila orang menilai diri kita pulak. Kita pulak yang kena maybe lebih teruk. Cuba kawal emosi mengikut situasi jgnlah pakai redah jer. Kerja kerja kawan kawan be profesional jgn biar emosi mengawal situasi. Bahaya kowt. Aku cakap benda berdasarkan pengalaman. Pengalaman yang lepas banyak mengajar aku dalam menghadapi sesuatu situasi. Kalau kita gagal mengawal emosi mencampur aduk kan urusan personal dengan kerja. Ranap lah weii. Trust me. Even kalau boleh pown benda tu tak kan bawa kalian ke mana pown.

Mistake is the best teacher. Learn from mistake not repeat the same mistake. Otherwise you will regret for the all of your life.


p/s : Maaf maaf dan maaf .............

No comments:

Post a Comment