Okey macam biasa lah detik2 akhir2 sebelum SPM mestilah kena susun mejakan agihan kelas dan macam2 lah. Pagi2 dah lah mengantuk mata agak kuyup memang menanti waktu jer nak tertutupkan, terpaksa plak menadah telinga mendengar sedekit taklimat tentang aturcara pada hari itu dan peraturan2 peperiksaan. Macam2 pesanan macam benda yang boleh buat dan yang tak boleh dibuat. Lepas settle sume benda tu kitaorang masuk ke bilik yang telah ditetapkan kena cari meja kerusi yang cantik, of course kan.? haha Memandangkan bilik yang aku duduki agak sedikit orang nya hanya 19 org sahaja bak kat kawan aku " saki baki kelas 5 Engineering " so senanglah keje and kerjasama pown agak baik coz ramai lelaki dari perempuan so budak2 laki paham2 lah angkat meja2 kerusi2 plezzzzz. Ecehhhh. hahaha
Saat Airmata Jatuh ke Bumi!
Saat yang sebenarnya sangat aku nanti2 kan sebenarnya iaitu saat ucapan terakhir puan pengetua dan guru form 5 yang lain serta yang paling penting saat bermaaf maafan antara satu sama lain. Tidak kira bersam guru2 mahupun rakan2 yang lain. Actually aku memang target yang hari tu akan menjadi suatu hari yang akan menyatukan kembali persahabatan kawan2 aku. Memang tu hasrat aku dan tekad aku tidak kiralah siapa yang salah aku tetap ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah aku sakiti samada secara sangaja atau tidak.
Apabila selesai sahaja kami menyannyikan lagu sekolah aku terus meluru ke arah kawan seorang sahabat yang amat aku rindui untuk mengucapkan kata2 maaf dan gud luck dan kalau diizinkan aku ingin mendakap erat dia. Tapi sayang apa yang aku harapkan hanya tinggal satu harapan seorang kawan yang ingin memohon maaf kepada sahabat karibnya suatu ketika dahulu. Terasa hati? Tak payah cakaplah weii. Sedih kowt. Bayangkan lah wei aku mencapai erat tangan dia hanya tujuan untuk bersalam itu sahaja! Tapi sepantas kilat kau tarik tangan kau dan cakap tak payah tak payah. Agak2 apa kau rasa kalau kau jadi aku? Tapi aku gagahkan jugak hati aku menahan rasa menelan pahit aku peluk kau mungkin sebagai pelukan terakhir tapi sayang sekali lagi kau tolak. Hebat kau kawan sangat hebat kau kau memang hebat. Tahniah sebab berjaya buat aku terluka lagi. Tak pelah aku sudah mencuba sedaya upaya untuk memulihkan keadaan tapi sepertinya engkau yang tidak sudi.
Untuk mengubati hati aku, aku meluru ke arah sahabat aku yang lagi sorang dan di bahu dia aku tidak dapat menahan sebak akhirnya jatuh jugak airmata. Airmata kekalahan! Kalah untuk menyatukan kawan2 aku kembali, kalah untuk mengubati hati aku sendiri.
Kuasa Illahi
Tapi aku sedekit lega lepas aku mohon maaf kepada kawan2 aku terasa seperti ringan sedikit beban dihati. Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan olehNya. Aku dapat jumpa dengan senang orang2 yang aku memang nak sangat mintak maaf. Alhamdulillah.
Akhir kata. Good luck to all my frens yang bakal menduduki SPM! Do ur best ok ! Aku yakin kita boleh ! Yey ! :)
No comments:
Post a Comment