Thursday, 10 November 2011

Surat untuk sahabat

Ke hadapan sahabatku yang amat aku sayangi, 

Tiada apa yang mampu aku ucapankan lagi selain dari sejuta kali maaf ku pohon dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aku tahu aku tidak sesempurna mana aku hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan tidak kiralah samada sengaja mahupun tidak. Halalkan lah segala yang pernah aku minta mahupun yang pernah kau beri. 

Sahabat, 

Sejujur hati ini mengatakan aku sayang akan dirimu biar beribu kali kau sakiti hati ini akan terus menyanyangimu. Tangan ini akan menadah memohon supaya engakau mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Ingin sekali rasanya aku meluahkan rasa ini sacara berhadapan bertentangan mata tapi apakan daya dirimu menolaknya. Aku bukan manusia yang suka memaksa. Biarlah mungkin hati mu masih sakit atau apa sajalah.

Aku rindu, rindu saat kita bersama bergembira ketawa bersama meluahkan rasa hati dan macam lagi. Aku rindu, sangat teramat merundui saat indah itu. Apa kau masih ingat lagi wahai sahabat saat indah saat riang ceria kita semasa menjalinkan sahabat? Atau hanya sekadar aku yang mengigatinya sedangkan kau sudah melupakannya. Sumpah demi Allah ! Tak pernah sesaat pown diri ini melupakanmu kawan.

Wahai sahabat, 

Di saat engkau menolak apabila tangan ini menghulurkan salam kemaafan terasa seperti hati ini ditusuk dengan belati tajam menembusi jauh ke dalam lubuk hati ku. Demi seseorang yang bergelar sahabat aku tahan rasa sakit itu aku telan kepahitan itu. Aku gagahkan jugak hati yang sememangnya sudah berdarah ini dengan sisa kekuatan yang masih ada. Aku yakin masih ada harapan lagi untuk aku perbaiki. Tapi bila kau lari pergi menjauhi aku. Aku tergamam lidah aku kelu. Saat itu hanya suasana kegelapan yang menghantui setiap ruang penglihatanku. Aku kalah! Kalah untuk sekian kalinya! Kalah melembutkan hati seorang sehabat seperti kau. 

Mungkin itu jalan yang kau pilih, aku terima kawan aku terima. Terima kasih sebab pernah bergelar sahabat kepada aku. Terima kasih kerana masih sudi bersahabat dengan aku walaupun untuk seketika. Terima kasih kerana mengajar aku erti sebuah persahabatan. Terima kasih untuk segala2nya.
Sahabat, 

Terasa seperti sudah penat aku berceloteh meluahkan rasa. Tiada guna jika aku sahaja yang teruja untuk meluahkan rasa sedangkan kau acuh tak acuh untuk membacanya. Pergilah kau mencari kebahagian kau, aku sentiasa mendoakan kejayaanmu. Biarlah masa menentukan segalanya. Satu saja ku pinta, izinkan aku terus menjadi sahabatmu walaupun aku tahu dirimu tidak mahu menerima aku sebagai sahabatmu. 
Gud luck frendzzzzz :)



Seribu kemaafan,
Sahabatmu


No comments:

Post a Comment