apa mungkin apa yang aku rasakan sekarang ini cinta? demi Allah aku cakap, aku tak pernah rasa benda nie, rasa rindu nak jumpa dia nak tengok muka dia walaupun curi-curi. korang ingat senang nak curi-curi tengok muka orang. susah tau tak. kadang tu aku kantoi gak. ah lantak ah, aku buat dek jer.
tapikan betul ker apa yang aku rasa nie? aku tak pasti kowt. aku tak mahu terluka untuk kesekian kalinya. dan aku dapat rasakan kalau kali ini aku terluka. luka nie pasti sangat-sangat pedih dari sebelumnya dan pasti akan meninggalkan parut dan pastinya susah untuk disembuhkan.
macam mana aku boleh jatuh hati or tangkap cintan sama kau. aku sendiri tak tahu bila, dekat mana, sejak bila. sebab benda tu semua datang dari hati. so kena tanya hati aku.
kadang aku tertanya gak? kenapa aku boleh TERsuka dekat kau. first time aku jumpa kau, memang kau tak terlist langsung dari ciri-ciri jejaka idaman aku. Langsung! Zero percent! tak layak langsung. dan yang paling penting aku tak suka cara kau gaya kau. ah everything pasal kau lah aku tak suka. memang tak tersenarai langsung dalam carta hati aku!
dah lah tak hensem tapi comel jer lah, pastu tak suka senyum. wei untuk pengetahuan kau, aku paling tak suka orang yang tak suka senyum tau, buat muka kerek pulak tu. ko ingat kau bagus ker ha! -..-
entah saat bila hati ini mula bertukar prinsip dia, entah mana datang perasaan tah apa-apa nie. aku tak tahu jeruk mana dia lalu. padahal aku dah tanam azam tahun baru aku
"tak mau jatuh cinta lagi, biar orang pulak jatuh cinta dekat aku and kejar cinta aku, aku tak nak terluka lagi!"
itulah azam tahun baru aku tapi benda tu tak jalan kowt. nak buat macam mana dah before new kau dah bagi satu kenangan yang amat-amat bahagia dalam hidup aku, kira macam penutup tahun 2011. ecehhhh. romantik pulak. hikhikhik. ^_^ so sweet, tapi aku tahu kau bukan ingat pown. kan? dah agak dahhh.
hati aku selalu mengharapakan apa yang aku rasa kau jugak rasa. tapi macam tak jer. kau tahu tak hari tu kawan kau ada cakap dekat aku yang gf kau keja dekat subang parade. kau tahu tak aku terasa macam ada benda tajam menghiris hati aku, aku tak tahu kenapa rasa dia sakit wei. lidah aku yang petah bercakap tiba2 terkelu apa yang mampu aku balas hanya " owhhh " .
and ada satu lagi bila kawan aku cakap, kau ada bandingkan aku dengan kawan aku, kau cakap kalau dengan aku kau dah ketuk-ketuk tapi kalau dengan kawan aku kau tak sanggup, tak sampai hati. kau tahu tak time tu hati aku menangis. sedih sangat wei. padahal bendatu biaser jer. entah lah. aku rasa hati aku nie ada masalah lah.
kau bila dengan kawan aku gurau kau mesti manja-manja tapi dengan kau tak nak bla nak kasar jer. kau datang dekat dia pujuk kawan aku bila dia menangis tapi hati aku menangis kau ada nak pujuk? aku jelous bila kawan aku cakap kau sanggup teman kawan aku tunggu mak dia walaupun kau cakap kau tak biaser teman orang nie. kalau aku, aku rasa mati hidup balik pown kau tak kan buat macamtu punyer. kan?
salah ker wei kalau aku cakap aku jelous sangat bila kau dengan kawan aku? salah ker aku jelous dengan kawan aku sendiri? aku cuba untuk buang perasaan cemburu tu. sebab aku tahu aku tak ada hak untuk rasa macam tu. tapi entah lah bila aku dengar kawan aku gelak and kau ada dekat sebelah dia, rasa macam nak pecah jer dada nie, rasa nak bocor jer kolam airmata aku. salah ker weii?
aku mintak maaf kalau apa yang aku rasa dekat kau nie salah. aku betul-betul mintak maaf.
aku lupa kita sebagai manusia ada hak untu mencintai dan dicintai, as a human jugak kita ada hak untuk menerima atau menolak cinta yang dihulurkan oleh seseorang.
InsyaAllah, aku akan cuba untuk ikhlaskan diri ini andai kata suatu hari nanti kau mengatakan kau suka dekat kawan aku. aku akan senntiasa mendoakan kebahagian kau, melihat kau tersenyum sudah cukup membuat diri ini bahagia.:)
" berbahagialah wahai kekasih hatiku"
No comments:
Post a Comment