Ya Rahman Ya Rahim,
aku bersyukur kepadaMu kerana mengurniakan diri ini suatu perasaan yang sungguh indah,
SubahanaAllah...
Ya AllahhuyaRobbi,
Andai aku mencintai dia,
peliharalah perasaan ini supaya tidak mencintai dia lebih daripada cintaku padaMu,
Andai aku merindui dia,
peliharalah hati ini supaya tidak merindui dia lebih daripada rinduku padaMu.
Ya Allah Ya Tuhanku,
jika benar dia sememangnya tercipta untukku,
kau dekatkanlah hati kami dan doakan agar cinta kami kekal hingga ke syurga FirdausMu,
jika dia bukan untukku,
aku mohon padaMu ya Allah,
Ikhlaskan lah dan redhakan lah hati ini,
untuk melihat kebahagiaan dia.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
apa yang terbaik untuk diri ini.
Aminnnn....
No comments:
Post a Comment