awak tahu tak saya sayang awak? ah. for sure tak tahu punye. kalau awak tahu malu lah saya. awak, saya kan nak sangat awak ada dekat dengan saya. ada di samping saya bila saya perlukan awak. awak pinjamkan bahu awak untuk saya lepaskan tangisan saya. tapi saya tahu itu semua hanya angan-angan yang tak mungkin saya capai. saya nie macam bermimpi sampai ke bulan sedangkan pada hakikat sebenar untuk mencapai langit pun saya tak mampu, kan awak?
awak, saya tak tahu macam mana saya boleh suka awak, boleh sayang awak. sedangkan awak taklah sekacak Aoran Aziz, tak sebaik mana pown. tapi hati saya sering sekali menyebut nama awak. saya tak nak, tak nak terus terusan menyimpan perasaan yang saya pasti tak mungkin saya miliki meskipun seribu tahun akan datang.
awak, awak tahu tak saya nak sangat awak menjadi seorang yang sangat caring pada saya. saya nak sangat tenangkan saya bila saya sedih, saya teringin sekali awak menjadi tisu untuk mengelap setiap titisan air mata saya, saya selalu bermimpi awak dengar segala celoteh saya yang tak terhenti. awak saya nak awak jadi pelindung saya. boleh tak awak?
awak..
saya dah penat bermimpi, saya dah lelah untuk menunggu, bukan saya berputus asa awak. tapi saya tak mahu hati saya terluka awak. selama nie hati saya sudah terluka kerana mencintai awak dari jauh. sudah cukuplah saya bertepuk sebelah tangan selama nie. menjadi perigi yang mencari timba. saya rtak mahu dah awak. maafkan saya. saya tahu saya bukan seorang yang setia bukan? saya tak mahu terluka lagi, tak mahu. saya sayang awak tapi awak tak sayang saya.
Tak apalah awak, melihat awak bahagia bersama orang lain sudah cukup membuat diri ini bahagia. melihat awak tersenyum riang sudah cukup mengambarkan diri awak bahagia dan sudah cukup membuat saya tersenyum.
Saya akan sentiasa doakan kebahagian awak. dan saya akan cuba mencari kebahagiaan saya sendiri. InsyaAllah kalau panjang umur kita jumpa lagi ye awak. take care ye awak. saya sayang awak.
Assalamualaikum.
sentiasa mencintaimu,
Sunnyshyne
No comments:
Post a Comment