Assalamualikum.
haii lamanyer rasanya tak update apa-apa. almaklumlah buzy kowt. sejak kerja nie memang tak banyak masa nak menghadap laptop. bila on pown juz nak on facebook check notification then bla. tak de mood nak update blog. penat kowt. masuk kol bape keje then balik tengah malam. tapi tak boleh lah nak mengeluhkan nama pown keje kan. at least dengan cara nie aku boleh belajar menghargai duit ibu and ayah aku bagi selama nie. tak lah aku memboros sangat di hari kelak nanti.
pejam celik pejam celik dah hampir sebulan aku bergelar service crew di sushi raja. Pe! macam tak percaya kowt. terasa macam mimpi, tak percaya yang aku dah bekerja sekarang nie. tak pernah terlintas pown di kepala hotak aku nie. haha.
sepanjang hampir sebulan nie aku bekerja macam-macam pengalaman aku dapat. macam-mecam gelagat customer yang aku lihat. ada yang ok ada yang kadang tu k.o. tapi ada gak customer yang memanglah tersangat mintak kaki. hahaha. tapi nak buat macam mana dah pown ada yang cakap "customer is always right!" so nak buat macam mana layan jer lah. yang paling penting senyuman mesti tetap ada di bibir walauapa pown yang jadi.
Mula-mula aku kerja pelbagai kesilapan yang aku lakukan. silap ambik order lah, lupa nak hantar minuman dekat customer lah macam-macam lah. sampai ada customer yang complain tau. haha. tapi semua tu banyak mengajar aku. sekarang alhamdulilAllah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun kadang tu ada jugak buat salah. tapi aku manusia biasa yang sentiasa tidak terlepas melakukan kesilapan. tapi aku tak kan jadi kan itu sebagai alasan, aku akn cuba untuk buat yang terbaik and focus ketika bekerja!
aku nak kongsi dengan korang pasal pekerja yang kerja dekat tempat kerja aku tu. biar aku mula kan dengan bos aku merangkap manager dekat tempat aku kerja. dia nie aku gelar kan mr. robotcob . nak tahu kenapa aku panggil dia macamtu. dia nie bila kita cakap dengan dia macam tak de perasaan. kalau orang tanyakan dia akan toleh pandang kita, pandangan dia tu pandangan kosong pastu dia akan buat kerja dia balik. kadang tu aku rasa macam nak cekik jer leher dia biar mati kat situ, aku rasa cakap dengan tiang tu sama jer macam cakap dengan dia. Uh! tapi ada satu yang tabik ah dekat dia nie. dia nie cool jer walauapa pown yang tengah berlaku, dia tak cepat melatah atau kelam-kabut. dia relaxx jer walaupun keadaan restoran time tu tengah teramatlah busy nak mati.
Leader service, kak T. dia nie aku dah kenal lama. sebab dia jugak lah aku dapat kerja nie, kak T nie memang tak sebulu dengan manager kitaorang. ada jer benda yang diorang nie nak gaduh. kadang tu pening aku tengok. lagi2 bila dua orang nie bercanggah pendapat sorang cakap A sorang cakap B. yang susahnya staff lah tak ta nak ikot cakap sapa. tapi kak T nie memang satu kepala dengan aku, so tak de masalah kalau nak get along lah. Kak T super super super the best leader. hahaha
Ok sekarang kita pergi dekat budak cashier marangkap my the best frend in the world, S. Dia lah yang menyebabkan aku kerja dekat sushi raja. aku ganti tempat dia jadi service crew. dia kena jadi cashier. dekat sushi raja S nie jadi rebutan. hahaha ecehhh. tapi ada sorang jer yang dapat dia. haha yang lain gigit ibu jari kaki jer lah ye. tapi jejaka yang jadi pilihan S nie dah berambus dah. haha dia berhenti atas sebab-sebab tertentu, tak payah cerita lah dekat sinie kan. so dia dah tak de dah dekat situ. baru jer ciou. Same as dengan sorang budak nie yang aku dah anggap macam adik aku, K. dia dah berhenti, dia baru habis PMR so kena g skolah lah kan. Dia nie best sangat selalu sangat buat orang lain gelak. Kalau tak de dia sunyi tau sushi raja.
Lucas? haha tahu tak tu sapa? memanglah korang tak tahu aku tak cerita apa2 lagi. Lucas nie one of service crew staff jugak. mangkuk nie lagi gila. suka sangat buli aku. suruh buat tu buat nie. aku nie yang lurus lagi bendul ikowt jer lah sebab dia kan dah lama kerja sinie. so aku ingat benda tu semua kena buat lah. rupanya tak pown. mangkuk tingkat punyer mamat. mati2 aku ingatkan betul. haha. tapi best kalau ada dia, senang aku cakap jer dia mesti buat punyer. muka dia sebiji macam mr.Bean yang dalam cerita tu. haha sumpah lawak. yang part paling best pasal dia nie, cara dia gelak and cara dia jalan, sekali pandang dah macam orang tua. aku tengok orang tua pown tak lah jalan sehodoh dia kowt. hahaha. orang yang suka buli aku yang kedua nie ha mamat P. nak jer aku bagi kaki kat mamat nie. hari tu hampir jer aku malu depan customer nasib tak jadi. aku manalah nak ingat haritu hari sabtu. bila hari sabtu tak de happy hour, dia tipu ckp ada happy hour nasib aku sempat tnyer Lucas, si Lucas pown sama nak kena kan aku. mangkuk betol. hahaha
Sekarang kita pergi dekat kitchen pulak. aku start dengan dua orang staff kaiten. yang sorang aku panggil dia naga nak tau kenapa? dia nie kalau dah start masuk kaiten peragai dah macam naga. nak marah orang jer tau. aku pernah kena marah dengan dia depan customer time first2 keja dulu. tapi bila dah keluar kaiten uh! menyampah aku! Sorang lagi nie pulak ok jer aku tak de masalah dengan dia aku panggil dia anjeee haha sweeet tak ? haha. Kitchen leader kat sushi pown ok. banyak gak aku belajar dari dia. macam mana nak potong itu nie. haha kadang malu tau nama jer perempuan aku nie macam mana nak potong lemon pown tak tau hehe.
OK! sekarang aku nak cerita dekat korang pasal budak kitchen yang sebaya dengan aku. yang selalu nak buat temperature aku naik up to 100'C boiling point kalau aku masuk kitchen. dah lah mata sepet macam askar je[un pastu keding macam tiang lampu. dan yang paling penting tak tahu nak sebut 's' haha. padan muka. sebab dia aku jatuh dekat kitchen hampagas punyer mamat. sakit kowt aku jatuh dia boleh sedap gelak. haishhhh. dah panggil aku budak kecik then cakap aku pakai perfume ' carrier junior' pulak. benggong. haha. then yang paling aku geram suka sangat buat aku terkejut. errrr. haritu satu sushi raja dengar aku gaduh dengan dia dekat kitchen. Semalam lagi terbaik, konon nak ajar aku masak tapi dia ajar macam aku nak aku dekat kem tentera. kemain marah-marah lagi. aku geram sangat aku calit tepung dekat pipi dia padan muka. tapi dia nie aku rasakan pendendam habis, dia balas aku lagi terbaik. dia renjis tepun dekat tudung dengan baju aku habis tau tak. bila aku nak keluar aku tnya ada lagi tepun tak. dia cakap tak ada. rupa2 nya ada lagi tu pown lepas kawan aku S tegur. aku apa lagi angin ah. nie mesti nak kena kan aku lah nie. time aku nak serang dia, dia dekat kaunter so kena tahan mana boleh gaduh depan customer tak elok. Bila dia masuk jer kitchen, telinga dia terus jadi sasaran aku. terus aku pulas telinga dia sepuas hati aku. HAHAHA pandan muka kau! hahaha jangan main2 dengan aku! hahaha
Tulah cerita pasal staff-staff dekat sushi raja. macam-macam kerenah dah macam-macam perangai. ada yang giler ada yang over giler and ada yang kadang tu mintak kaki jer, hahaha. tapi aku enjoy kerja sana. bestt. walaupun kadang-kadang tu ada jugak kena marah sana, marah sini. tapi itu kan lumrah bila bekerja. bila kena marah baru kita belajar. Betul tak?
Hmm ok lah sampai sini sahaja lah. aku ciou dulu. tatata .
Assalamualikum ^_^
No comments:
Post a Comment