Assalamualaikum :)
ok memandangkan ramai sekarang tengah dok kecoh pasal result tuttt nak keluar. so aku pown nak jugak cakap pasal tu. bukan sebab berita pasal tu tengah kecoh tapi kerana aku salah seorang dari calon yang bakal ambik result tutttt. hehe
aku cakap result tuttt pown aku rasa ramai yang dapat mengagak apakah yang hendak aku sampai kan. bukan aku nak putar belit ke apa. aku just takut nak menucapkan dan melafazkan tiga huruf tiga perkataan itu. sesuatu yang amat menyeramkan bagi aku. sangat menyerammkan. ngeriiii.
spm! ye Sijil Pelajaran Malaysia! huh! pejam celik pejam celik akhirnya Kementerian Pelajaran Malaysia meleraikan segala teka teki yang selama ini bersarang di dalam semua minda dan fikiran budak budak lepasan spm 2011.
21 mac 2012. tarikh keramat bagi semua pelajar lepasan spm 2011 dan tertentu antaranya adalah aku. apa yang aku rasa? hmmm tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. semua perasaan ada pada tika ini takut, gementar, cuak rasa macam nak meraung macam macam lah. sama macam kawan kawan aku yang lain.
apalah result yang bakal aku perolehi nanti? tiada siapa yang tahu. hanya Allah swt sahaja yang tahu. kita. aku. hanya akan tahu pada tarikh itu sendiri 21 mac 2012! semoga impian ibu ayah aku dapat aku capai untuk melihat aku berjaya dalam pelajaran. dan berharap dan berdoa semoga ilmu yang pelajari selama 11 tahun tak sia-sia, tapi membuahkan hasil.!
ye! engineer! itulah cita-cita aku. nak jadi macam abag saudara aku yang sudah berjaya melanjutkan pelajaran dia ke German dalam bidang engineering. aku bangga dengan dia. kagum. dia hero di mata aku dan dia idola aku. aku harap aku boleh belajar dekat oversea sama macam dia. InsyaAllah kalau diizinkan. :)
ok aku cuaak :) :/ doakan aku dan kawan kawan aku yang lain dapat memperolehi keputusan spm yang cemerlang lagi gemilang. ok!
p/s: semoga apa yang menjadi impian kalian dan aku tercapai pada 21 mac 2012. insyAllah :)
No comments:
Post a Comment