perkenalan aku dengan dia teramatlah singkat. tapi entah kenapa perkenalan antara kami yang bermula dengan rasa yang teramat jengkel dalam hati ini. lama-lama berubah dan berputik satu rasa indah yang sukar untuk aku tafsirkan.
dia tak kacak seperti jejaka idaman aku, hairul azreen. badan dia tak sasa macam Aoran Aziz. Mata dia tak bulat tapi sepet memang totally aku tak suka. senang dia memang tak ada langsung ciri-ciri jejaka idaman aku. Totally out! zero!
sumpah dan jujur aku katakan perkataan pertama yang terdetik di hati aku apabila terpandang dia buat kali pertamanya. "Kerek!". Ye! dia memang kerek sombong dan angkuh di mata aku. tiada sebuah senyuman pown yang terlakar di wajah dia saat kami bertentangan mata. uh! aku benci lelaki yang susah nak tersenyum. dan untuk hari pertama aku kenal dia, dia sudah tunjukan kejengkelan dia. dan untuk kesekian kalinya aku cakap, aku benci dia!
lagi yang menambahkan perisa dalam perasaan annoying terhadap diri dia, manusia nie suka angat buat aku marah, suka cari pasal dengan aku. hampir setiap hari ada sahaja yang hendak kami berdua gaduhkan. ada sahaja yang tidak puas hati antara kami berdua. padahal perkara yang kami telagahkan itu kadang tu perkara kecik macam budak2.! orang yang berada di sekeliling kami semua sudah masak dengan perangai aku dan dia, yang memang tak boleh langsung bertembung, pasti ada sahaja masalahnya.
sampai ada gelaran yang aku bagi dekat dia dan aku akan panggil dia dengan panggilan itu kalau aku geram.
" cicak kobeng!" . sebab badan dia keding macam lidi and tinggi macam galah! and of course untuk aku pown ada. " anak gajah!" .sebab aku nie berisi sikit dari dia. jahatkan? kadangtu dia panggil aku " beruk!" sebab aku suka lompat macam budak2. aku pulak panggil dia "tenuk!" sebab muka dia memang species tenuk. hahaha.
sedar tak sedar perasaan menjengkelkan ini perlahan lahan berubah. aku tak sedar bila. dan jangan tanya aku bila bagaimana dan mengapa aku boleh ada perasaan tu. sebab aku sendiri tak tahu kalau nak tahu tanya hati aku sebab itu semua datang dari hati dan bagi aku jugak tak perlukan sebab kalau aku dah sayang dia kalau semuanya sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa.
dia mampu buat aku marah geram sedih rasa nak menangis dan happy dalam satu masa. semuanyaaa. only him can make me feel like that. no one else only him. :)
No comments:
Post a Comment